CMT3112 (sejarah media baru)
Blog ini dilahirkan kerana subjek CMT 3112 (Sejarah Media Baru) menyarankan supaya menghasilkan satu blog tersebut bagi pelajar semesta 5 elektif multimedia Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan Universiti Malaysia Kelantan.
TUGASAN 1 :
Tengah, perantaraan dan pengantar adalah satu perkataan dari bahasa latin iaitu Media atau Medius. Media mendefinisikan informasi maklumat belajar dan pesanan. Kebanyakkan teknologi yang dihuraikan sebagai “media baru” digital, biasanya mempunyai cirri-ciri yang dimanipulasikan, networkable,padat dan interaktif. Contoh
Ø -Internet
Ø -Mobile phone
Ø -Video game
Ø -DVD (Digital Video Disc)
Ø -VCD (compact Disc)
Ø -Portable Media Player
Ø -Virtual Reality
Namun ia tidak termasuk filem, televisyen, majalah dan yang seumpamanya melainkan jika ia mempunyai teknologi yang menggunakan digital interaktif.
TUGASAN 2 : Teknologi apple computer dalam penghasilan karya seni.
Komputer pada asalnya merupakan satu bentuk mesin yang ditugaskan untuk membaca dan melaksanakan sesuatu arahan dengan melakukan operasi arimetik dan logik berdasarkan angka binary. Komputer elektronik pertama dicipta sekitar abad ke-20 (1940-1945). Dari segi saiznya pula dianggar sebesar bilik dan memerlukan kuasa yang banyak.
Dunia teknologi semakin canggih hari demi hari. Hal ini telah mencetuskan perubahan computer yang dulunya amat besar tetapi sekarang menjadi lebih kecil. Terbahagi kepada dua computer pada zaman sekarang iaitu desktop dan laptop. Desktop merupakan computer yang mempunyai skrim yang dulunya besar seperti televisyen namun sekarang berbentuk LCD dan mempunyai CPU dan ditempatkan di meja. Berbeza dengan laptop yang merupakan computer riba dan mudah dibawa di mana-mana.
Teknologi apple
Steve jobs adalah seorang usahawan yang Berjaya dan telah mencipta teknologi apple. Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios dan juga menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney. Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995).
Pada abad ke-20 iaitu 1970, jobs bersama steve wozniak (pengasas bersama apple), mike markkula dan lain-lain membangunkan dan memasarkan barisan computer peribadi yang Berjaya iaitu apple II. Jobs telah meletak jawatan apabila kalah dalam perebutan kuasa dengan lembaga pengarah pada tahun 1984 dan menubuhkan NEXT iaitu sebuah syarikat platform computer yang khusus dalam pasaran pendidikan tinggi dan perniagaan. Pada tahun 1996, apple telah membeli NEXT sekaligus membawa jobs kembali ke syarikat penubuhan lamanya iaitu apple dan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 1997 sehingga 2011.
Kecanggihan teknologi apple memang tidak dinafikan dan sumbangannya tidak terkira. Pelbagai software dapat ditampung seperti adobe maya. Grafik yang dimiliki amat tinggi serta mempunyai kesempurnaan estetik.
Sumbangan apple terhadap dunia digital
Dengan menggunakan teknologi apple ini, banyak kerja yang dapat dilangsaikan seperti animasi, filem, permodelan 3d, montaj dan banyak lagi. Pengguna dapat menghasilkan sesuatu karya yang hebat kerana computer apple terutamanya tiada cacat celah kekurangannya kerana grafiknya yang tinggi, skrin yang luas, ram yang tinggi, dan banyak lagi. Pada mulanya steve jobs telah memperkenalkan inovasi GUI (Graphic User Interface) bagi system operasi computer mac. Dengan ini maka tercetuslah era System Operasi Windows sehingga sekarang dalam dunia Personal komputer.
Apple dapat mengawal komputer grafik (mac) yang membawa perubahan yang besar dalam dunia digital dimana macintosh member pandangan baru bahawa estetika seni dilakukan dengan indah dengan menggunakan teknik digital. Kedudukan computer grafik telah diikuti alam Pc yang mendominasikan oleh Window-intel (WinTel).
Fungsi apple pada masa sekarang amat banyak terutamanya dari segi pengolahan digital grafik. Ramai hacker telah menceburi dan menggunakan digital untuk menghasilkan karya-karyanya. Contohnya Komposer sekarang ramai yang memfaatkan kerjanya dalam PC dengan menggunakan softwere. Untuk menghasilkan sesuatu movie juga memerlukan Pcuntuk memudahkan kerja dengan menggunakan softwere yang berkenaannya seperti Adobe Premiere Pro, maya dan banyak lagi.
Dari Segi rekaan bentuk produk apple amat cantik dan menepati cita rasa sebagai seorang manusia contohnya seperti mobile phone (i-phone) yang semakin menarik minat seperti iphone 5. Pencipta reka bentuk apple ini telah membuka mata dunia kerana keunikkannya dan memenuhi kehendak sebagai pengguna.
TUGASAN 3 :Huraikan Tentang kesan pengguanaan media baru dalam penghasilan karya segi idea, rekaan, tiruan dan hak milik cipta.
Kesan daripada media baru sungguh menakjubkan kerana telah mengubah gaya hidup dunia. Hal ini kerana pergerakkannya tanpa sempadan serta pantas tanpa memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan sesuatu informasi. Namun begitu media baru member kesan positif mahupun negatif.
Media baru banyak menghapuskan hubungan fizikal dan sosial yang tidak lagi penting antara manusia. Hal ini kerana individu gemar menggunakan laman sosial seperti facebook untuk bergaul atau kelompok maya. Dengan melayari laman facebook, mereka dapat bertukar pandangan, bercinta dan sebagainya. Dunia siber dan komunikasi yang luas segala maklumat berada dalamnya terutama internet.
Kesannya terhadap penghasilan karya.
Dalam karya pula, media baru telah meracuni pengkarya dari segi idea, rekaan, tiruan mahupun hak milik cipta. Pelbagai idea releven dapat dicetuskan apabila melayari internet. Contohnya Nam June Paik seorang pemuzik, saintis, jurutera dan pelukis telah menghasilkan karyanya iaitu “Global Groove” pada tahun 1960.
Ed Emshwiller salah seorang pengkarya pada tahun 1973 yang telah karya pertamanya yang bertajuk Scape-mate. Dalam karyanya telah menimbulkan bentuk lenggok tarian dengan warna hijau telah member kesan dramatic.
Tokoh Ismail zain adalah salah seorang pereka dalam karya seni visual. Beliau telah menggunakan imej berkomputer melalui cetakan dot matrik. Dari segi tiruan dan hak milik cipta pula, internet member kesan politif dan negatif. Kabanyakkan karya – karya telah disalah guna pakai kerana telah dicipta rompak. Bukan itu sahaja, dari sudut muzik, filem, fesyen dan banyak lagi turut berlaku. Hal ini menimbulkan kesan negative terhadap masyarakat. Namun ia dilindungi oleh Akta Hak Cipta 1987.
TUGASAN 4 : Pilih 2 medium dalam teknologi media baru yang anda minati dalam penghasilan sesuatu karya.
Media baru telah melahirkan teknologi-teknologi yang menakjubkan yang telah dicipta oleh pereka terkenal. Oleh hal demikian maka lahirlah kehidupan teknologi yang pesat membangun.
komputer riba (laptop) dan internet adalah pilihan saya kerana dua medium ini telah membantu saya dalam penghasilan karya seni yang bermutu. komputer riba dapat menampung software-software seperti adobe photoshop, adobe primiere pro, dan banyak lagi dalam penghasilan. Oleh hal demikian, dapatlah saya menghasilkan projek-projek saya. Ia juga dapat dibawa dimana-mana serta dapat menyimpan banyak data didalamnya bergantung pada RAM dan hard disk. Antara softwere yang membantu saya dalam menghasilkan sesebuah karya adalah adobe photoshop, adobe primiere, maya, ulead video studio dan banyak lagi.
Begitu juga dengan internet yang banyak membantu saya dalam melahiran idea-idea yang releven dan kreatif dalam menghasilkan sesebuah karya. Dengan adanya internet juga membolehkan saya mendapatkan software-softwere terkini dengan memuat turun dengan menggunakan laman web tertentu.